Semakin banyak negara maju mula menitikberatkan tentang akses pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memperluaskan stesen pengecasan kepada pencinta alam sekitar.
Di wilayah Fujian timur China, misalnya, stesen pengecasan kenderaan tenaga baharu (NEV) bersepadu pertama mula beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan pelbagai tawaran kemudahan pintar disediakan.